KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menyasarkan meningkatkan peratusan gaji lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada ‘gaji premium’ iaitu RM4,000 sebulan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini, sekitar 10 peratus graduan TVET dari universiti awam atau rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) telah menerima gaji premium.
Sementara, graduan lepasan universiti dengan gaji RM2,500 ke atas adalah seramai 38 peratus, ujarnya
“Bagi graduan lepasan politeknik, mereka yang sudah menerima gaji premium walaupun diploma 0.9 peratus. Tetapi yang menerima gaji RM2500 ke atas adalah sebanyak 6.1 peratus.
“Jadi bagi kementerian sekarang sasaran kita bukan lagi kebolehpasaran graduan tetapi sasaran kita ialah gaji premium seperti mana yang dikatakan oleh Yang berhormat sebentar tadi, dan untuk kita pastikan ini dapat dilakukan, antaranya kita akan melakukan reformasi terutamanya kepada politeknik di mana antaranya kita akan menjalin dan mempunyai hubungan kerjasama yang aktif dengan pihak industri.