PROFESIONALIS QURANIK
Majlis Pelancaran Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
Program ini dijalankan pada hari Selasa pada pukul 2.30 petang. Program pada hari ini adalah pelantikan seramai 40 orang pelajar dr SMK Bukit Mentok yang akan menganggotai SLAD Dimana : Program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah bertujuan - Mempunyai pengetahuan dan...
Program Iklim Penyungguhan Menjelang SPM 2024
Pada hari Rabu, 14 Ogos 2024, SMK Bukit Mentok mengadakan Program Iklim Penyungguhan Menjelang SPM 2024 di Foyer Delima pada pukul 8.15 pagi sehingga 9.45 pagi. Program ini bertujuan untuk memberi dorongan motivasi kepada semua calon untuk meningkatkan keyakinan dalam...
Gotong Royong Perdana di SMK BUKIT MENTOK
Tarikh dan Hari : 24/5/2024 (Jumaat) Waktu : 11.00 pagi - 1.00 petang Pada 23 Mei 2024, SMK Bukit Mentok telah menganjurkan satu program Gotong Royong Perdana yang berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 1 petang. Program ini disertai oleh para pelajar, guru-guru, serta...
Salam Sejahtera kepada semua pelajar, ibu bapa, dan warga sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor.
Saya berasa sangat teruja untuk menyambut anda semua ke laman web baru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor. Laman web ini membolehkan kami untuk berhubung dengan pelajar dan ibu bapa dengan lebih mudah dan menyampaikan maklumat penting dengan lebih efisien.
Sekolah ini mempunyai sejarah yang panjang dan kejayaan yang kukuh, dan saya berharap bahawa melalui laman web ini, kita dapat meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan pembangunan diri para pelajar.
Kami menawarkan pelbagai program akademik dan ko-kurikulum untuk memastikan bahawa setiap pelajar dapat mencapai potensi mereka yang tertinggi dan membina kemahiran untuk masa depan yang cemerlang.
Oleh itu, saya mengalukan semua warga sekolah untuk mengambil peluang dari segala kemungkinan yang ditawarkan oleh Maahad Integrasi Tahfiz Selangor dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam semua aspek kehidupan.
Terima kasih atas sokongan anda semua dan semoga berjaya dalam segala usaha kita.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Pengetua
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor

Puan Ummi Kalthom bt mohd idris
Pengetua cemerlang

Puan norasilah bt abd baru
PK SATU

MOHD RAOF BIN SAMSURI
PK HEM

NURUL HAZINAH BT M. KURNAIN
PK KOKU

AFFANDY BIN MOHD BAHARAN
PK TAHFIZ
Merah dan Kuning
Melambangkan warna rasmi negeri Selangor
Logo Quran Terbuka
Melambangkan quran sebagai petunjuk dan pedoman hidup.

Motto Sekolah
Profesionalis Quranik
Bulan dan Bintang
Melambangkan agama rasmi persekutuan Malaysia iaitu agama Islam
Logo Buku dan Atom
Melambangkan kesatuan ilmu, dan teknologi seiring dengan matlamat sekolah
GABUNGAN DUNIAWI DAN UKHRAWI
AL-QURAN DIHAFAL ILMUNYA DIHAYATI
MEMBENTUK JATI DIRI MUKMIN SEJATI
MENJANA PELAPIS KEPIMPINAN UMMAH
BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH
MENERUSKAN PERJUANGAN RASULULLAH
MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN
DI SEPANJANG MASA DAN KETIKA
BERIMAN DAN BERTAQWA
BERILMU, BERAMAL DAN BERAKHLAK MULIA
PROFESIONALIS, CEKAP DAN MAHIR JUGA BERSISTEMATIK
PENGUASAAN ILMU DAN PENGHAYATAN SERTA BERKETERAMPILAN
ITULAH MISI MITIB
ITULAH MISI MITIB
ITULAH MISI MITIB
LAGU : AMIN INTEAM
LIRIK : ITO LARA
Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH)
ditubuhkan dan beroperasi di Masjid Negeri Shah Alam.
berpusat di Bukit Naga, Klang.
Alauddin, Banting, Selangor.
MARTAH telah digabungkan dengan Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat di Bukit Naga dan ditukar nama kepada Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).

Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar (MITIB) merupakan kesinambungan kepada dua buah institusi pengajian tahfiz terdahulu di bawah
pengurusan JAIS iaitu Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH) dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar
(MATISDAR).
Matlamat MITIB
- Berkahlak Mulia
- Berilmu Pengetahuan
- Memiliki Keperibadian yang Seimbang dan Sepadu
- Bertanggungjawab kepada Diri, masyarakat, Agama dan Negara
- Berbakti dan Memberi Sumbangan kepada Masyarakat dan Negara
VISI MITIB
MITIB menjadi pusat pengembangan ilmu yang unggul dan diredhai Allah SWT
MISI MITIB
Mendidik dan membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa, Ikhlas, Ilmu, Beramal Mulia dan Berketrampilan melalui sistem pendidikan integrasi dan holistik berasaskan pengurusan berkualiti serta berperanan sebagai khalifah di muka bumi
- Menyediakan peluang pengajian dalam aliran Tahfiz al-Quran dan Sains
- Menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran agama, akademik (Sains) dan Tahfiz
- Melahirkan Saintis dan Profesional yang menghafaz al-Quran dan menghayati kandungannya
- Menjana pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai pelbagai keterampilan dan pengetahuan dalam saingan globalisasi