Minggu anti buli ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang buli, keburukan dan kesan kepada mangsa. Majlis Pelancaran Minggu Anti Buli ini telah berlangsung pada 15 Oktober 2023 di Foyer Delima dan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Jamal bin Mohamad. Semoga Minggu Anti Buli ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar supaya tidak membiarkan diri menjadi mangsa buli dan tidak menjadi pembuli. Terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Badan Disiplin dalam menjayakan Minggu Anti Buli.

#cegahcaknacantasbuli

M

Hubungi Kami
1