Program yg dihadiri oleh semua warga BMExS bertujuan memberi kesedaran kepada semua khususnya para pelajar tentang penderitaan rakyat Palestin yang sedang berperang dengan Israel. Program ini mengajak semua warga BMExS untuk sentiasa berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat Palestin yang telah sekian lama diancam oleh Israel. Di antara aktiviti yang disediakan ialah tayangan video, bacaan doa dan qunut nazilah, deklamasi sajak. Di akhir program warga BMExS sekali lagi diajak untuk sama-sama menadah tangan berdoa untuk rakyat Palestin. Semasa program ini juga tabung derma untuk Palestin turut diedarkan bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan akibat peperangan.

Hubungi Kami
1