Pada hari Rabu, 14 Ogos 2024, SMK Bukit Mentok mengadakan Program Iklim Penyungguhan Menjelang SPM 2024 di Foyer Delima pada pukul 8.15 pagi sehingga 9.45 pagi.
Program ini bertujuan untuk memberi dorongan motivasi kepada semua calon untuk meningkatkan keyakinan dalam diri dan juga untuk meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan SPM yang akan dihadapi pada tahun ini. Program ini juga dapat menggalakkan calon-calon SPM untuk bersaing secara sihat dalam mencapai kejayaan masing-masing.
Semoga dengan program ini dapat menyuntik semangat untuk berjaya dalam diri calon-calon SPM 2024.