Pada hari ini 12 Oktober 2023, Jawatankuasa Bina Insan SMK Bukit Mentok telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul di Foyer Delima. Sambutan bermula seawal jam 7.40 pagi. Dalam majlis ini juga diselitkan perasmian Sekolah Cahaya dan pelancaran Tabung Palestin. Sambutan dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Khairul bin Musa, Mudir Madrasah Syeikh Abdul Malik, Cendor, Kuantan. Sambutan diteruskan dengan ceramah tentang Nabi Muhammad SAW dan diiringi dengan bacaan selawat oleh pelajar-pelajar Madrasah Syeikh Abdul Malik bersama pelajar-pelajar SMK Bukit Mentok.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK BUKIT MENTOK TAHUN 2023

Hubungi Kami
1