KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) menerusi Belanjawan 2024 mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani kepentingan penguasaan STEM dalam negara ketika ini.


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang berkata pihaknya juga menyokong inisiatif kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian dalam menetapkan sasaran dan langkah bagi meningkatkan penglibatan pelajar sekolah.


“Tidak dinafikan, kita sekarang berada dalam fasa ‘kelaparan STEM’, tidak banyak pelajar yang berminat untuk memasuki aliran STEM ini. Penubuhan jawatankuasa ini adalah satu langkah paling berkesan ke arah memajukan STEM negara.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peruntukan-rm100-juta-bukti-kepentingan-pendidikan-stem-441921

Hubungi Kami
1